Bismillahirrahmanirrahim , pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana kumpulan kami berjaya menyiapkan blog yang tidak seberapa ini sempena pertandingan mencipta blog yang dianjurkan oleh KOLEJ MATRIKULASI PERLIS . Terima kasih kerana memberikan kami peluang untuk melibatkan diri dan terima kasih kami ucapkan kepada guru Matapelajaran Sains Komputer ialitu Puan Suhaila Bt. Che Noh yang sentiasa memberi tunjuk ajar unuk menyiapkan tugasan kami ini . Bimbingan yang diberi amat dihargai .
Oleh itu , dengan suka citanya saya megalu-alukan dengan ucapan selamat datang kepada pembaca sekalian. Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih buat anda semua. Sokongan dan kunjungan dari anda amat kami hargai. Blog ini dicipta untuk kami berkongsi maklumat kepada anda semua. Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba ini, kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai Malaysia untuk mengenali lebih lanjut tentang negara kita yang bakal menyambut kemerdekaan yang ke-58 tahun ini . Negara kita Malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahir, dibesarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan, tempat tumpahnya darah kita. Semua orang sayangkan negara sendiri sehubunggan dengan itu kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajiblah kita pertahankan. sememangnya, bercakap adalah terlalu mudah untuk dilafazkan, untuk memikul tangungjawab ini memerlukan seribu satu pengorbanan, tetapi tidak bermakna ianya susah untuk di pikul "Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah" wanderpet ^_^
No comments:
Post a Comment