Thursday, August 27, 2015

MERDEKA 2015 #SEHATI SEJIWA #58

Untuk tema Merdeka Malaysia 2015, #SehatiSejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Pelancaran tema Merdeka 2015 tersebut telah dilancarkan oleh mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada 6 Jun 2015.




Tema tersebut dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, "Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.

Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada."

Sambutan Hari Kebangsaan mulai tahun ini juga akan menampilkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang agak berbeza dari tahun sebelumnya apabila ia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja," katanya.


Logo sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 dengan slogan #sehatisejiwa dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk persiapan sambutan tersebut di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya pada 14 Julai 2015.

LOGO HARI KEBANGSAAN KE-58 2015


RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

MAKSUD WARNA LOGO
Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.


RASIONAL TEMA
#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan #SehatiSejiwa mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tonggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #SehatiSejiwa adalah titian hubungan - yang jauh didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya...

LAGU TEMA MERDEKA YANG KE 58
Lagu ini dinyanyikan oleh Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus), lirik lagunya ditulis oleh Siso Kopratasa & Yuri Edris manakala Lagunya dicipta oleh Muhammad Yuri Edris.

Lagu ini menampilkan sedikit kelainan apabila di bahagian chorusnya dinyanyikan didalam bahasa Iban dan Kadazan.

Lirik Lagu Tema Merdeka 2015: Sehati Sejiwa

Demi ……tanah yang bertuah 
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini 
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


Acara-acara sambutan Hari Kemerdekaan 2015
Larian Jalur Gemilang
Tarikh: 8 Ogos 2015 (Kuching)
Tempat: Padang Merdeka Kuching.

Doa untuk Malaysia
Tarikh: 15 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kayuhan Sehati Sejiwa
Tarikh: 16 Ogos 2015
Tempat: Dataran DBKL, Kuala Lumpur.

Konsert Harmoni dan uniti
Tarikh: 22 & 23 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Larian Sehati Sejiwa
Tarikh: 23 Ogos 2015
Tempat: Padang Merbok, Kuala Lumpur.

KL Converge!
Tarikh: 27-29 Ogos 2015
Tempat: Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Pelancaran Video Negaraku dan Promo Hari Kebangsaan di Pawagam
Tarikh: 28 Ogos 2015
Tempat: Kuala Lumpur.

Konsert Sehati Sejiwa
Tarikh: 28-30 Ogos 2015
Tempat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Hadapan SOGO).

Amanat Hari Kebangsaan
Tarikh: 30 Ogos 2015
Tempat: Plenary Hall, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015
Tarikh: 31 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2015
Tempat: Sabah.

Wednesday, August 26, 2015

KOLEKSI LOGO & TEMA MERDEKA YANG LALU

Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957. Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.


Tahun ini adalah hari kemerdekaan yang ke-58 dan sambutan Hari Kemerdekaan akan di adakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, di sini saya sertakan tema dan logo merdeka Malaysia setiap tahun dari tahun 1970. Logo hanya mula digunapakai pada tahun 1976.





Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka Malaysia



Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.

Tema: Muhibah dan Perpaduan

Logo: Tiada rekod ditemui 



Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.

Tema: Masyarakat Progresif

Logo: Tiada rekod ditemui 


Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui 

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui 

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui 

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat
Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
         Tema: Bersatu Maju



Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
      Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan


Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun
       Tema: Bersatu Berdisplin




Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
   Tema: Berdisplin Berbakti

Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
  Tema: Berdisplin Berharmoni
Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
  Tema: Berdisplin Giat Maju


Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
    Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan

Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
  Tema: Amanah Asas Kejayaan
Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
    Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan


Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
    Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh


Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
  Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju



Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun
Tema: Bersatu
Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
   Tema: Bersatu

Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
     Tema: Berjaya


Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
    Tema: Wawasan 2020

Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
  Tema: Wawasan Asas Kemajuan


Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
        Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
      Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan


Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan

Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
       Tema: Budaya Penentu Kecapaian


Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
    Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya


Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
 Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita


Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
    Tema: Bersatu Ke Alaf Baru

Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.
  Tema: Keranamu Malaysia

Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
     Tema: Malaysiaku Gemilang

Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
                 Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
                            Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan



Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
           Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi



 Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
       Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


                              Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun
           Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati

                      Nota: Logo ditarik balik kemudian



                                   Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
                               Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
            Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
             Tema: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
Tema: Sehati Sejiwa


Video Logo & Tema Merdeka Malaysia